• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Jambatan Kaca Paling Tinggi Dan Terpanjang Di Dunia Kini Dibuka

Nak cuba sesuatu yang baru? Jika anda ke Hunan, China, bolehlah anda menyeberangi jambatan kaca paling tinggi dan panjang di dunia. Jambatan ini menghubungkan dua puncak gunung di taman Zhangjiajie. Filem HollywoodAvatar ada mengambil inspirasi dari pergunungan Zhangjiajie ini dalam membina hutan di dalam filem berkenaan.

Jambatan berkenaan terletak 300 meter dari paras tanah dan sejauh 430 meter panjang. Jambatan ini diperbuat dari 99 panel kaca dan dapat menampung 800 orang dalam satu-satu masa.



Pengunjung boleh berjalan menyeberangi jambatan ini dan kalau anda seorang yang mahukan lebih cabaran, ada juga servis bungee jump atau zip line disediakan untuk anda yang mahukan aktiviti yang lebih mengujakan.

Sebelum jambatan ini dibuka kepada umum, satu sidang media telah dibuat untuk menguji kekuatan jambatan ini. Panel lantai jambatan ini telah diketuk dengan tukul besi bagi menunjukkan jambatan ini selamat digunakan. Mereka turut menyeberangi jambatan itu menggunakan kereta bagi menguji lagi kekuatan jambatan ini.



Pihak pengurusan jambatan ini yakin yang panel jambatan ini kuat dan selamat buat pengunjung. Namun, kasut stiletto atau kasut tumit tinggi tidak dibenarkan untuk merentasi jambatan ini sebagai langkah keselamatan.

Cuma 8,000 orang dibenarkan untuk merentasi jambatan ini setiap hari dan pengunjung perlu menempah tiket terlebih dahulu yang berharga 138 yuan (lebih kurang RM83) per tiket.





Jadi kalau sesiapa yang berminat untuk merentasi jambatan ini, bolehlah mula buat tempahan untuk seberangi jambatan ini. Kalau ada rakan anda yang gayat, cuba bawa mereka seberangi jambatan ini.

KE LAMAN UTAMA...>>>



Skandal Usain Bolt di Brazil

Manusia terpantas di dunia, Usain Bolt terus dihimpit kontroversi selepas dia dilihat mencium wanita kedua di kelab malam All In di Barra de Tijuca, Rio de Janeiro, Brazil, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Beberapa jam selepas itu, Bolt bermalam dengan seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun.
Pelajar itu berkongsi gambar mereka di atas katil menerusi aplikasi WhatsApp kelmarin sebelum ia tersebar di internet.
Bolt sudah pun mempunyai seorang kekasih, Kasi Bennett, 26, dan mereka bakal bertunang tidak lama lagi.
Jaguh pecut Jamaica itu dilaporkan tiba di kelab malam tersebut awal Ahad lalu bagi meraikan hari lahirnya yang ke-30 selepas merangkul pingat emas kesembilan pada temasya Olimpik kali ini.
Bolt dilihat mencium seorang wanita misteri berambut perang di ruang VIP kelab malam itu. Dia juga dilaporkan membayar bil minuman keras berjumlah £1,000 (RM5,311).
Pada malam Ahad lalu pula, satu klip video yang dimuat naik di laman Twitter menunjukkan Bolt ligat menari bersama wanita kedua itu.
Raja pecut itu sepatutnya menghadiri majlis penutupan Olimpik Ahad lalu tetapi meninggalkan Brazil lebih awal sebelum tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London kelmarin.
Maklumat baharu menyatakan pelajar wanita yang ditiduri Bolt itu ialah Jady Duarte. Duarte, 20, mengakui dirinya seorang pelajar tetapi dia juga meupakan bekas isteri raja dadah antara paling berbahaya di Rio de Janeiro, Douglas Donato Pereira.
Pereira yang gemar menyeksa musuh-musuhnya itu dikehendaki atas 10 pertuduhan jenayah ganas. Dia ditembak mati pasukan polis elit pada Mac lalu.
Menurut polis, Pereira bertanggungjawab menyeksa dan membunuh seorang gadis, Rayssa de Carvalho, 18, dari sebuah kawasan setinggan pada September 2014.
Pereira juga dikehendaki kerana membunuh Raiana Dantas de Jesus, 19, dengan 20 das tembakan selepas teman lelakinya, Leonardo da Costa menyertai geng dadah lain.
Bercakap kepada akhbar tempatan, Extra, Duarte berkata, dia berasa malu dengan penyebaran gambar-gambar itu.
“Ia sangat negatif. Saya tidak berhasrat untuk popular. Saya berasa amat malu.”
Duarte enggan menceritakan lebih lanjut apa yang berlaku antara dia dan Bolt.
“Saya enggan bercakap mengenainya supaya tidak menimbulkan permasalahan lagi.”
Akhbar Extra turut menyatakan bahawa wanita itu tidak mengetahui identiti Bolt.
Duarte mendakwa dia bersama kawan-kawannya sebelum Bolt meminta pengawal keselamatan memanggilnya.
“Masa itu, saya tidak kenal dia kerana ramai orang Jamaica kelihatan hampir sama.” – Agensi


Rahsia ilmu kemutan faraj


Kemutan faraj yang berkesan akan memberikan kenikmatan yang tiada terhingga semasa melakukan jimak. Ia dapat dinikmati bukan sahaja oleh suami malah juga oleh isteri. Boleh di katakan semua wanita tahu apa itu kemutan faraj dan boleh mengemut, namun kemutan yang tiada terlatih mengikut cara yang betul tidak bertenaga dan kurang punyai kesan yang dinyatakan di atas.

Di benua Afrika, ada satu kaum di mana para wanita yang telah pun berkahwin melatih anak-anak dara yang bakal pengantin akan cara-cara mengemut. Ia satu ilmu yang mempertingkatkan daya kemutan otot-otot faraj agar boleh dikecutkan dan mencerut batang dan kepala zakar suami dan menolong agar suami lebih lambat memancutkan mani lebih sayang kepada isteri kerana pandai dalam memuaskannya menerusi cara kemutan.

Latihan mengemut faraj ini dilakukan secara sedar, iaitu dengan berlatih 20 kali kemutan setiap hari, selama se bulan penuh.

1. Latihan Kemutan Luar.

Ia adalah kemutan otot yang dipanggil Bulbo Cavernosus. Otot ini terletak di kiri serta kanan liang faraj. Bila ia menguncup, maka lubang faraj akan terpicit dan hampir menutupnya. Otot ini berfungsi sama seperti bibir apabila hendak bersiul. Bulbo Cavernosus adalah otot pertama yang hendak dihidupkan menerusi latihan ini. Ia juga dipanggil Otot pengemut Faraj. Latihan ini juga akan menghidupkan otot kedua Pengemut Saluran Kencing.Cara yang perlu dilakukan ialah, cuba tumpukan perhatian seolah-olah mahu menahan kencing, iaitu dengan menarik otot punggung ke dalam. Latihan ini diulang 20 kali sekurang-kurangnya dengan sedaya upaya dan penuh konsentrasi.

2. Latihan Kemutan Dalam.

Latihan ini melibatkan 3 otot utama iaitu otot Pubococcygeus, Olliococcygeus dan Puborectalis. Ia bermula dari dubur ke kawasan ari-ari dan mengelilingi kawasan faraj. Bila otot ini mencerut, ia menarik sama dinding-dinding faraj dan memicit zakar. Kumpulan otot ini adalah kuat dapat memberikan keseronokan jika digunakan dengan betul.Caranya ialah lakukanlah seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buatlah setiap hari selama beberapa minggu. Suami digalakkan mengajar ilmu ini kepada isteri kerana faedahnya besar untuk kebahagiaan rumah tangga. Bincangkan perkara ini kepada isteri agar dia mengetahui dan mempraktikkannya.